diri tak serupa diri
hidup mahu mati tak mahu
tapi diri sama macam mati
banyak nisbah dalam kehidupan
banyak keputusan nak diputuskan
tapi semua aku redah tanpa menilai
orang cakap. bukan aku cakap.
hidup ni kalau kita tahu hala tuju dia tak best. dalam erti kata laen, kita dah plan la. tapi kalau dah main style redah, best tu banyak cenderung ke arah kemusnahan diri sendiri. (believe me. i know).
bunga cakap dia nak tegur tapi takut cinta terasa hati. bunga cakap, life cinta ada sikit hura tapi belum hara. malam lewat baru nak tidur, bangun bila siang dah lewat. hehehe. kalau aku selalu macam ni, boleh aku join geng-geng burung hantu ngan musang. =P
kepala kusut. banyak benda perlu settlekan. tapi setakat fikir jela. buat haram setakat ni. kalau dah duduk sensorang mula la. macam-macam masalah datang. semua nak di fikirkan. tapi bila dah sedap dengan member-member, ngan bunga. semua hilang. aku hanya mampu menahan sekejap masalah-masalah tu. last-last datang juga. so nak tak nak aku kena settlekan juga. motherchud*motherchud*.
last weekend, sangat best. the whole weekend dgn bunga.
friday :
teman bunga kat saloon. hantar bunga pergi dinner kat dewan sri endon. last-last aku jadi photographer kat dinner tu. balik dinner terus tidur
saturday :
bangun-bangun dah tengah hari. pergi lunch. teman bunga pergi library kat fuu. mesti korunk tataw fuu tu jadah ape kan. hehehe. niat nak jalan-jalan kat tasik cempaka. tapi tak jadi. terus pergi hospital. cikona demam. cikona tu bunga punya sis. hehehe. dia demam. so teman dia kat hospital. dah agak malam, aku dengan bunga balik rumah cikona kat damansara. tidur dengan nyenyak.bunga dengkur macam kerbau. *puek*puek*(sajer nak sakit kan hati jer ni) huhu.
sunday :
bangun tidur dengan mata terkebil (giler terang). cikona call suruh ambik dia. haha. hantar balik rumah. lepak-lepak dan lepak.tunggu cikogeoff siap-siap nak fly pergi semporna. dia gerak, aku ngan bunga pown gerak. hantar bunga balik ukm. malam tu kami dinner dan pulang. esok nak sekolah. =>
satu weekend bersama bunga. sangat seronok. nak-nak lawak cikogeoff. hikhik.
"hidup ini memang palat, tapi esok masih ada"
"tapi kalau esok dah takda, hidup ini tersangatlah palat"
jadi korunk-korunk. seek harder for a great tomorrow.