Thursday, January 22, 2009

ape korunk buat kalau korunk bosan?

haha. bertemu kembali kita dalam rancangan lantak hang. aku dah bosan ni sebenarnya. aku tengah kerja ni. dah bosan tengok tv aku on9. dah bosan tengok on9 aku on tv balik. dah bosan buat semua benda dalam bilik ni, aku maen dengan nikon aku. maka terhasil la gambar kat bawah ni.


ni namanya alat men'cop'.

ni plak benda yang aku guna time kejer.

ni namanya tag. korunk nye bag kena tag ngan benda alah ni la.

Wednesday, January 21, 2009

tag by redsya


Write :
1. Your name/ identification name / username etc.

2. Write anything using either your left/ right hands

3. Most favorite alphabets

4. Less favorite alphabets.
5. "The quick brown fox jumps over the lazy dog"

6. Tag 5 more persons/ bloggers


So, here's my handwriting..

mawar diskok




you're a song written by the hands of God, and what matters most is the connection that grows after two people's lips have met.

Saturday, January 17, 2009

apa tindakan kita?









aku dapat gambar nie kat
  • gaza.
  • aku ade bace blog budu dan belacan tadi. tengok gambar ni terus aku rasa terkilan. sebab kita bersaudara. buat la ape yang patot dan sama-sama la kita berdoa. walaupun aku tahu aku banyak dosa, aku tak peduli. aku nak doa jugak.

    aku kejer

    giler gempak. aku tak penah kejer sebelum ni. macam nie rupa nya perasaan berkerja. sekarang aku tengah kejer nie. sambil tengok winnie the pooh. hehehe. seronok jugak kejer macam ni. untuk makluman korunk, aku kejer kat kL central. kalau korunk nak dapat diskaun simpan bag, datang la. cakap jer korunk kenal aku kat c nie. hahaha. tapi jangan heboh dah la. hehe. *jap ade customer*.

    p/s : korunk tengok gambar tempat aku kejer.

    Monday, January 12, 2009

    YOUTH'09 FEST.

    apa khabar korunk semua. harap best-best belake.

    aku dah start sem baru dah sekarang ni, macam susah sikit nak online. sorry la weyh. sumpah stress tak dapat nak online. dah macam mati kutu aku. entri " sumpah aku tak paham manusia ni ", lantak korunk lah nak jadi ape. just stay away and keep the distance. baik bahasa mahupun lenggok, sikit pown aku tak heran. psycho yang dibicara berniat memperbodohkan tapi dianggap sebagai pujian. bila hati tidak tenang begitu manusia beriaksi. kalau tak menyibok tak akan wujud ayat " oh..inikah dia ". heloo?? budak darjah satu pown bleyh fikir la. nenek aku yang stroke kat rumah tu pown bleyh teka. ape jadah la korunk. enough with all the devil talking. they just don't get it. silly lily!

    damn!! bunkface was awesome. i went to see them last weekend. giler gempak weyh. 2 hari aku lepak kat PWTC. banyak shot dibuat hasil daripada senjata baru yang acap mem'burst' scene-scene korunk. terima kasih pada D80. youth fest start hari jumaat lagi tapi aku tak sempat nak gerak hari tu. then aku pergi la hari sabtu. dalam tengah hari aku gerak dari rumah dengan haq. haq ni member aku. korunk tak yah kenal pown takper. tak masuk exam pown. ni yang korunk bace ni pown tak masuk exam jugak. dah kalau tak nak bace keluar gi study sekarang. hahaha. sampai kat PWTC dalam kul 2. aku dah miss photography session. sial la. aku ade nampak shutterasia punya booth tapi tak berkesempatan nak singgah. pg makan kat area stage B. walaupun harga die mahal sikit, nak tak nak aku kena makan jugak sebab lapar. first meal aku untuk hari tu. lesap la 15 ringgit kat situ. dah abes makan lepak-lepak dekat depan stage B. time tu ade battle of the band semi-final punya. banyak gak band best. yang macam taik pown ade jugak. aku tau pulak nak nilai banyak-banyak.
    kalau aku dengar best, best la. yang tak best aku cakap tak best la. macam ARABELLA, takder la best sangat pown lirik dia. tapi music dia memang funky habis la. haha. aku siap terkinja-kinja lagi masa last perfomance die tyme FLY FM CAMPUR CHART, dengan pegang camera pulak tu. hahaha. ok back to where i stop. so ARABELLA was the winner for the battle of the band. pusing-pusing lepas tu jalan-jalan. tak banyak sgt berhenti kat booth. aku banyak duk snap je.
    hahaha. malang nya takder orunk nak snap picture aku. kuikuikui. dah penat pusing-pusing. aku lepak balik kat stage B. jumper ridz budak BMI dengan awek dia. si redsya nama nya kalau di alam maya ni.
  • redsya
  • lepak ngan dorunk kejap. makan-makan, minum-minum. then dorunk balik dulu sebab si ridz ade kejer. woi ridz, kalau ade event best ajak aku wei!! lepas siap menyedut sebatang rokok, aku balik ker hadapan stage B. nak tunggu habis battle of the band tu jenuh jugak. tup-tup ade orunk cuit aku kat belakang. aku pusing, macam pernah nampak sweater ni. tengok muka si maira. hahaha. dia dari UTM semarak. tak sangka dapat jugak jumper ko setelah sekian lama nak jumper. kihkih. macam laen jer muka dia bukan kat dalam screen computer ni. hihi. kalau tak bising time tu boleh lepak lame-lame silkit. laen kali erk. korunk nak tau time die tegur aku first-first dia tanya aper?? DSLR baru erh. hahaha. lepas ni leyh la lepak-lepak lagi kalau ada event. lepas si maira blah, aku kejer layan lagu jer dgn si haq kat depan stage ni. abis je KOMPLOT perform kiteorunk terus cabut.

    the next day which is hari ahad. kemuncak segalanya. aku gerak dah petang. pergi bandaraya jap beli buku untuk kekasih tersayang. macha jual buku tu aku agak-agak mesti heran. dah la aku pakai short, baju i love malaysia, D80 kat tengkuk, pergi beli buku law. haha. jenayah homosid, akta hakcipta 1987, patents act 1983. haha. aku sendiri tak caya aku boleh pegi beli buku macam tu hanya perpandukan arahan dalam phone. dah settle semua beli buku. straight ahead to PWTC. wee!! more shot to come. and by the way, all the shot will be upload in the next entry. coming up shortly and u can view it at my flickr a few days after this.

    aku lepak kat situ sampai malam. sang didi datang pada petang nya dari rumah sang awin. haha. lepak sensama. so kalau korunk nak tau banyak lagi. join la youth fest laen kali. huihui. so nie ader sedikit picture untuk tontonan umum. harap kumat-kumit.

    p/s : more photo coming at my flickr.." http://www.flickr.com/photos/quencrunk "














    Friday, January 9, 2009

    hilang

    weyh korunk.
    aku hilang jap dgn slr baru. hahaha. sonok gila cipan. and thanx to hunny. sangat-sangat hargai pengorbanan ini.

    Tuesday, January 6, 2009

    away

    hilang mungkin seketika tanpa sebarang kosa kata.
    hilang mungkin selamanya tanpa khabaran berita.

    kembali mungkin bersama sesuatu.
    kembali bergambar dengan D80 yang baru.

    tempat indah. akan aku sampai bersama rombongan cik kiah bersenjata DSLR.

    sumpah aku tak paham manusia ni

    perghh!! aper kau ingat kau bagus sangat ker. datang page orunk ludah comment macam tu. kau tak tahu cerita, jangan nak pandai-pandai buat andaian nak buat assumption. kalau nak tau sangat ketuk la, bagi salam tanya elok-elok. ni maen terjah bangang macam orunk tak sekolah. bangsat punye biatch!!

    kepada beliau bernama dan terasa. sudah-sudah la. bagitau je kat kawan-kawan kau tu.
    nak buat taik-taik suke hati kau la. aku tak peduli kau. yang kau nak sibok-sibok lagi tu kenapa hah!!

    weyh kau lupe ker. member-member kau tu yang selalu sakitkan hati kau dulu-dulu. tak pernah nak ambik tahu perihal kau wahai si polan!! akibatnya. aku gak yang kena dengar ulasan bosan perahan dendam tak ke mana kau tu. weyh ape kes?? sekarang korunk dah ok ker? hahaha. cakap nak psycho je. blah la. stakat nak sedap kan hati baik tak payah la. aku meraban bukan sebab aku sakit hati ke, geram ker, marah ker cuma aku nak semua sedar. yang dah abis tu dah la. kalau atok kau mati? kalau kau jerit macam pontianak pun, blom tentu atok kau akan bangun jadi manusia. busuk-busuk jadi zombie pun tak mungkin la.

    p/s : nany watch ur words pliz.

    Monday, January 5, 2009

    ape korunk peduli

    hari ini. aku rasa bosan. nak packing baju takde selera. nak makan takde mood. haha. sekarang tengah tunggu bibik lipat baju sampai siap, then aku ambik baju yang dah lipat masuk dalam bag terus. esok dah nak balik untuk mulakan sem baru. rumah sewa enviroment baru. nak kena adapt lagi. aku rasa aku boleh kot sebab aku ni jenis tak kesah. aku layan kan ajer. orunk tak leh blah dengan aku, tak aku ko yang kena blah la kan. ko leh masok dengan aku, aku pun bertindak sama la. hidup ni tak susah pun sebenarnya. kita je kadang-kadang suka belit-belit. benda alah siket je saja nak besar-besar.

    mungkin lepas ni aku dah susah siket nak update blog ni. rumah sewa baru ni aku tak tahu lagi ader connection ke tak. kalau ader conok la!! kalau takder aku senyap je la. currently mood aku tak sure. tapi aku tengah happy la sekarang ni. haha. thanx to my sweetheart for all the joy and the blooming feeling stuck in my heart. i love u lebih-lebih la. tuuuuuttt. dah terlebih dah. nanti malam lusa kita lepak sensama erh. rindu sama senyum sinis, perlian halus, sepak terajang u sayang. owh am i a sweet talker just like what she said to me? but it just come out deeply from my bottom shiny heart. ahakz.

    tadi. baru je kejap tadi. aku hantar adik aku masuk hostel. dah besar-besar dah semua. die masuk sekolah agama sementara tunggu MRSM tapi tak sure lagi dapat ke tak. aku ade ambil beberapa shot ketika berada di dorm die. aku tengok muka die macam sedih je. tapi aku tau, die bukan sedih sangat nak tinggal family. die sedeyh tinggal PS2 die. ahaha. aku paham sangat dah, tapi mungkin ada sedikit tersentuh hati die tadi apabila kteorunk tinggal die terus. masa tu semua pelajar perlu hadir ke surau untuk solat, so papa cakap this is good bye amzar. die senyap je, then terus pegi surau. so papa cakap kite balik la masa ni sebab nanti kalau ade babak perpisahan tentu perasaan sedih akan timbul. so kteorunk cabut la. papa, mama, aku dan technician papa. by the way technician tu datang sebab nak betul kan locker amzar. weee!! so balik, aku lepak ngan mama tanpa papa dan technician nya. untuk pengetahuan semua, hostel adik aku tu 5 kilometer je dari rumah sebelah sekolah mama aku. hahaha. hari-hari boleh balik!


    haha. dah penuh butterflies dah dalam perut ni..



    papa. kejer die nak soal siasat budak je.


    technician papa. datang tolong pasang locker si amzar ni.


    take a look at this video.



    ghee. he's a brave man. i watched this and i kept thinking, if only we could do something to stop those silly act of people. those campaign are all bullshit, totally a freaking fake liar!!
    these photographers deserve so much respect and support, they risk their lives to make people see what happens and what they are doing to each other. plus the gas. i am not sure what kind of gas that they use, but it sure looked fucking hell hurting for me. can anyone explain to me, what just happen to human kind right now? are we like reversing the time and head back to era of the dinosaur?

    p/s : korunk perang la sampai mati. yang menang akan mati juge. yang kalah dah sah-sah mati awal.

    bogel di pantai timur

    korunk pernah terbayang tak kalau korunk keluar jalan-jalan berbogel. aper yang akan korunk rasa kalau jalan-jalan macam tu tapi takder orunk ambil kesah. macam situasi tu dah menjadi satu trend remaja sekarang. agak lawak jugak kalau aku sorunk jer yang akan merasa pelik dengan gaya terbaru tu. hehe. layan sorunk la nampak gaya. kahkah.

    aku nak bercerita pasal tajuk lain sebenarnya. tajuk kat atas tu langsung takder kaitan. hanya penyeru saja untuk kalian pembaca. so aper aku nak citer? aku nak bukak citer pasal kita sekarang. kisah kita sebagai remaja yang semakin matang dan masih mencari aper itu dunia sebenar. sungguhpun aku ini tak begitu sempurna, tahu tentang agama, tahu adat itu adat ini, tapi aku tetap nak tulis bagi entri ini.

    appearance. korunk confirm sangat ambil berat kan. include la aku sekali. ok aku nak admit kat sini, aku ni asal kelantan dan lama menetap di terengganu. sekarang aku menetap di pahang di sebuah pekan kecil yang tak dikenali ramai aku rase. ader korunk penah dengar nama muadzam shah? aku tak salah kan sape-sape kalau korunk tak pernah dengar nama tempat aku ni. apelah sangat yang ade dekat tempat ni. back to the topic! kalau dulu masa kanak-kanak, aku tak heran sangat tentang aper yang mama aku sarungkan pada aku. brand kiko ker, lalakiki ker, takder brand ker, kayok sini koyak sana ker, tak pakai pape pun aku pernah aku rasa. bila dah mula meningkat usia apabila wujudnya cinta monyet, pemakain akan berubah. aku dah tak nak pakai baju budak-budak kecik lagi. aku nak pakai baju brand-brand. kamu semua tak macam tu ker? setiasa nak kemas dan nampak smart. aku tau mama aku mesti suka sangat kalau aku bawak lagi perangai tu sampai sekarang. haha. sorry mama, along berubah lagi. =D aku kurang memerhati tentang ape yang wanita sarungkan ketika mereka di alam kana-kanak. yang pastinya baju kurung dan baju rasmi sukan skolah serta seluar track akan menjadi pilihan. itu yang aku selalu bayangkan apabila melihat rakan-rakan wanita aku yang ber'dressing' sakan dengan tudung pusing-pusing sekarang. mesti dulu-dulu die macam tu kan. meningkat ke alam sedikit menghampiri remaja. cara pemakaian bertukar lagi. dulu aku di hantui pengaruh artis barat. sungguh kecil pemikiran aku. ingin menjadi eminem konon nya. haha. berbaju besar ala-ala baju crocodile papa aku dan jeans baggy yang boleh sumbat 3 kaki member aku. sangat bodoh. tapi aku tau kamu semua pun ade berfikiran seperti itu bukan? beralih ke arah remaja. aku agak slow sedikit dengan pengaruh trend sekarang. hanya tahu tampil simple dan kadang-kadang selekeh. bagaimana dengan korunk?

    sekarang kalau jalan-jalan kat kL, perghh!! best je korunk usha awek lalu lalang. semua jenis ada, dari yang tutup lingkup semua sampai adela yang berseurat dua benang. dulu aku ade jugak lepak sensorunk kat klcc, bukit bintang, semua tempat anak muda yang macam aku selalu lepak. aku duduk lepas tu aku pakai shade sambil minum-minum dan hembus asap, kejer aku tengok je gelagat orunk. aku perasan awek la, kalau lalu depan jantan-jantan. ader setengah yang macam buat bodoh je pura-pura tengok kat laen. ade yang lalu tu sambil nak menunjuk aset yang ade. bila dah kena suwit dengan bunyi tikus tupai mula la nak marah-marah. hahaha. wanita, tak boleh nak salah kan dorunk jugak kan. dah set lawa-lawa nak keluar jenjalan dengan member-member, rambut dah mahal semua, baju dah ketat-ketat mestilah nak suruh orunk tengok. kalau tak nak kena suwit korunk pakai la macam tu masuk jungle tracking sensorunk. haha. warga pembaca, korunk jangan sakit hati plak. aku tak tuju kat sape-sape pun. kalau sakit hati, dah jangan masuk lagi. aku tulis ni saje-saje je.

    by the way. korunk pembaca yang dari timur. kat atas tadi aku ader perkenalkan asal usul aku. ni la sebab nya.member aku ader cakap kat aku hal ni masa aku balik terengganu hari tu masa cuti sem. korunk penah tak terkena macam ni. kalau korunk pakai barang branded pun, orunk tetap akan cakap korunk beli kat siam, tiruan, klon sebab ko duduk kat pantai timur. kalau pun orunk duk kL ade jer pakai yang tiruan, beli kat petaling street, uptown, pasar malam lagi banyak kot tapi sebab die duk kL dan tau mengenakan pakaian, orunk akan tetap cakap dia beli butik. korunk bersusah payah simpan duit then pergi beli kat butik ni mati-mati kena kutuk kat belakang cakap pakai barang tiruan.. korunk rase korunk beli barang yang branded tu sebab ape? nak suruh orunk tengok ker nak rase selesa? hal macam ni slalu je jadi kat lelaki.

    bagi wanita. lain plak cerita. korunk pakai tiruan ker original ker butik tak butik ker, tetap lelaki pandang terbeliak biji mata tersembur darah ikot hidung kalau dah pandai dressing. tapi tak semua plak laki macam tu. even korunk pakai jeans "guess" yang ade cop bapak besar kat bontot. lelaki bukan heran pun. even ade setengah yang tahu takdernya "guess" nak keluarkan cop sebesar alah macam tu untuk seluar dorunk. kuasa wanita!! tapi ape pulak pandangan korunk satu jantina. maksud aku antara wanita dengan wanita? aper korunk akan cakap jugak yang si polan-polan ni poyo jer lebih atau 'huhh!' bergayanya dia, sama seperti yang aku tahu jantina si lelaki akan berkata??

    =D

    Saturday, January 3, 2009

    sedikit lambat..tapi masih di kira..

    hahaha...
    korunk..selamat tahun baru. or should i say HAPPY NEW YEAR. 2009 telah muncul. ape akan ade lagi duka dan suka dalam 2009??

    away ke kuala lumpur pada 31 disember lepas. terlepas beberapa entry untuk di baca dan di tulis. tapi entry nie akan mewakili semua. bertolak pada pagi hari. tiba pada petang hari. membawa diri ke midvalley. tros ke topshop.*hahaha*.korunk paham kan. new shirt. ingat girls jer bleyh shopping. tp aku takder la giler mcm orunk umah aku. tak sempat nak pusing satu kedai kat tangan aku dah cukup 5 helai baju. selesai tugasan aku membeli. aku terus blah. pusing-pusing mid tu dengan bag berat then orunk umah aku text. cakap die dah ade kat kL central. bergegas ke kL central. dinner bersama di kL central. borak2. lempang2. cubit2. sepak2. on the way balik aku singgah kedai camera kat area kL central tu nak tanya pasal D80 yang akan dibeli.*sabar wahai sang diri yang penuh nafsu menembak*. die sebut kan harga. buat masa sekarang. kedai tu dapat offer aku harga paling murah. hurmm. akan kembali untuk merembat terus.

    asal la die tak buat kit-lens tu 18-200mm terus. kan senang. dah alang-alang 18-135mm..
    kenapa??kenapa??

    selesai ronda-ronda tak bertayar. kami pulang. aku stop kat serdang. dia terus ke b.baru bangi. takot jugak tinggal die sensorunk naik train. tapi keadaan memaksa. member aku dah tunggu. masok barang dalam but kereta. terus ke UP10 uniten. by the way member yang ambik aku ni pijeng.*hahaha*.orunk nya sengal dah sangat babi kenakan orunk. sial ko.*hahaha*. lepak tdo kat apartment die.

    esok nya. bangun awal. orunk dah takder. semua pegi class. tunggu pijeng balik class. naek mandi then terus siap-siap. pijeng jadi tukang driver hantar aku pergi UKM. jemput orunk umah kat faculty die. aku nak potong rambut sebelum jumpa die tapi die tak kasi aku pergi saloon sorang-sorang. ape kes dan masih tertanya-tanya. hurmm. dah lebih 2 jam kat saloon bergerak ke rumah kakak die ambik barang. then lepak OU. die shopping sket sementara tunggu nak celebrate new year malam nanti. jam dah kul 9 malam. perot dah lapar cari Carl's Jr. jumpe juga akhirnya. aku sebat burger die sebat fries with beef sebab die tak makan burger.*haha*. pelik kan =P . tapi tu la die. dah siap makan. dengan perut membuntal kteorunk jalan pergi kat parking. then terus ke the curve.

    perrghh!! jalan. keter. tak macam banyak plak. tapi biasa la kan. cakap new year. parking kat sbelah keter orunk. pastu orunk lain parking sebelah keter aku lak sampai tutup separuh jalan. sampai kat curve. terus beli foam. tengah sembur-sembur. takder orunk kira. tentibe *DOOM!!!*. fire cracker. havoc dalam sekelip mata. udara di liputi foam. dah abes semua aku beredar kebelakang untuk menghirup udara segar dan menyedut sebatang rokok. sakit tekak siot kena foam banyak sangat. mungkin aku tak biasa kot.*hihi*. lepak kejap dan terus beredar. bermalam di sunway. exhausted.

    bangun pagi. cari breakfast dan pulang ke bangi. selesai kan beberapa masalah. berangkat kembali ke kuala lumpur. pada hari tu. kepala otak tertumpu pada shopping. orunk umah aku dah brainwash aku. jadi aku pun giler shopping mcm die. sengal-sengal. pusing-pusing klcc. plastic bag jangan citer. kat tangan aku jer dah penuh kiri kanan. kat tangan die. lagi la tak yah citer.
    dah lapar baru tau berhenti shopping. makan kat food court. then aku mintak kuar kejap ke taman untuk merokok. permintaan di benarkan. melihat gelagat manusia. alangkah bagus nya kalau aku berkamera sekarang. semestinya beribu shutter telah aku lepaskan. ke arah manusia-manusia dan sememangnya ke arah wanita yang aku sayang. selesai menghirup gas beracun. menyambung kembali peng"usha"an di butik-butik serata klcc. dah penat. kaki dah lenguh. pulang~

    hari terakhir. bangun agal lewat. makan tengah hari di Madam Kwan midvalley. sangat kenyang. shopping sket since ari ni dah last day. which is yesterday. then we go separate ways. im heading back to pahang and she's heading back to UKM. i miss her. all i can think now is I mess her so much.



    HAPPY NEW YEAR GUYS!!